Tuesday, March 17, 2015

Apa kejadian hampir meragut nyawa yang kita ingat?

Dalam 1 tahun ada 12 bulan

Dalam 12 bulan ada 365 hari

Dalam 365 hari... ada teringat tak apa-apa kejadian yang merbahaya?

Merbahaya? Maksudnya apa?

Merbahaya maksud di sini adalah RISIKO

Risiko kehidupan seharian di mana kita terlibat dengan ancaman semasa

Ancaman semasa yang dimaksudkan adalah

KEJADIAN MERAGUT NYAWA

Tak kiralah walau macam mana kita selamat

Risiko semasa tetap ada

Yang tak di cari, menanti

Yang menanti menunggu tiba

Walaupun kita tak mengundang perkara tersebut.

* * *

Contoh yang paling mudah adalah memandu kereta atau menunggang motosikal

Sebab ini risiko terdekat yang kita hadap

Jentera ini sering kita pandu dengan cara berhemah

Mematuhi peraturan dan had kemampuan kita

Tiba-tiba perasaan mengantuk muncul

Dan terlelap... sedangkan jentera yang kita pandu

Mula masuk ke jalan bertentangan...

Di hadapan kita ada lori treler...

Agak-agak dalam keadaan tak sedar tu

Adakah sempat kita mengelak dalam keadaan mata tertutup?

Sedar tak sedar buka mata saja...

Dah terlantar atas katil hospital dengan badan berbalut...

Ketika ini dikerumuni ramai ahli keluarga dan sanak saudara

Hendak bercakap tak boleh

Nak gerakkan badan takda tindak balas.

Di sisi kelihatan doktor bercakap dengan ahli keluarga

Kedengaran perkataan "Dia ni dah lumpuh kekal"

Pada saat inilah terfikir

"Dengan keadaan macam ni..."

"Macam mana nak bayar loan rumah, kereta,.."

"Abis abis pun duit gaji ke sini bayar bil hospital"

"Kalau dulu aku amik takaful lagi awal..."

"Boleh tampung perbelanjaan bulan-bulan masa tak bekerja ni."

* * *
Konklusi yang dapat di simpulkan

Sebaiknya kita dah ada

Sekurang-kurangnya satu (1) pelan gantian pendapatan 

Kalau lebih pun takpa.

Asalkan jangan buat kita dalam keadaan papa

Pada waktu yang cukup genting.






No comments:

Post a Comment

Lontarkan pandangan di sini