Friday, April 3, 2015

Bagaimana hendak mencipta Income Replacement sewaktu sihat?

Pernahkah anda mendengar istilah yang dinamakan Income Replacement (Gantian Pendapatan)?

Income Replacement? Apa kebenda tu? 

Pernahkah anda mendengar istilah... 

"Man at Work
"Money at Work"

Seandainya istilah-istilah ini anda belum pernah dengar, maka perlulah diambil perhatian. 

Kerana ini melibatkan soal kebajikan anda. 

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingin memberikan kronologi ringkas bagaimana IR ini berfungsi pada saat-saat genting sewaktu sakit.

* * *
Ahmad seorang pekerja di sebuah sektor swasta, berumur 29 tahun dan memegang jawatan sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah firma di Kuala Lumpur. Pendapatan semasa beliau adalah sebanyak Rm 4000 sebulan. Ketika ini, beliau telahpun berumah tangga, mempunyai seorang isteri yang berusia 25 tahun dan memiliki seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Isteri beliau merupakan suri rumah sepenuh masa. 

Pada saatnya, Ahmad sedang memandu kenderaan.. malang tak berbau beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya akibat terlelap sewaktu memandu. Kemudian doktor mengesahkan beliau hilang upaya kekal. 

Seandainya perkara ini berlaku, bagaimana Ahmad hendak bekerja dalam keadaan lumpuh? Sedangkan beliau sangat sangat memerlukan sumber kewangan terutamanya: 

1) Tanggungan keluarga (isteri & anak). 
2) Pembayaran loan rumah & kereta.

Dengan keadaan Ahmad sedia ada, beliau tak dapat bekerja. Malah, beliau juga bakal kehilangan pendapatan Rm 4000 sebulan disebabkan hilang upaya.

Persoalannya, bagaimana Ahmad hendak dapatkan semula Rm 4000 sebulan tersebut dengan keadaan beliau tak bekerja? 

Jawapannya adalah IR (GANTIAN PENDAPATAN). 

* * *

IR atau Gantian Pendapatan ini adalah satu (1) implimentasi dalam menghadapi bencana kewangan pada waktu yang sangat genting. Selalunya, ramai orang kurang ambil "port" kerana kurangnya pendedahan pengurusan kewangan yang betul. 

Ketidaktahuan IR inilah ramai bergantung harap kepada: 

1) Simpanan duit (Bank, EPF, Tabung Haji/ASB, dsb)  
2) Sumbangan ikhlas orang sekeliling (derma kilat, kiriman wang dari adik beradik, jiran tetangga dsb) 
3) Bantuan kebajikan (Baitulmal, JKM, Zakat, dsb) 

Sekiranya berjaya mengumpul dana, apakah jumlah kewangan tersebut mampu menyamai
pendapatan Rm 4000 tersebut? 

Cara untuk membentuk IR adalah dengan mengambil kira pendapatan tahunan. Contoh: 

Rm 4000 x 12 = Rm 48000 

Bermakna pendapatan setahun adalah Rm 48000. 

Dari Rm 48000 inilah perlu ditentukan pula gajet kewangan manakah menjadi pilihan. 

Contoh: Ahmad ada menyimpan di ASB. Menerusi distribution sedia ada, ASB memberi purata pulangan 8% setahun. 

Rm 48000  = Rm 600000 
      0.08 

Justeru, nilai IR yang perlu dijanakan adalah sebanyak Rm 600000 untuk tanggungan beliau dan keluarga. 

Rm 600000 inilah boleh menggantikan pendapatan yang hilang ketika dilanda musibah. Dengan syarat, hasil IR tersebut perlulah di simpan dalam ASB. 

Percayakah anda dengan Rm 600000 tadi boleh menjana pendapatan setahun sebanyak Rm 48000? 

Contoh: 

Rm 600000 x 0.08 = Rm 48000

Bagaimanakah Rm 600000 boleh terjadi dalam sekelip mata? 

Dengan menerusi TAKAFUL!

* * * 
Kenapa perlunya Takaful kepada anda? 

Untuk menghindari bencana kewangan. 

Seandainya tak bersedia dari sekarang... 

Bermakna adalah kerugian buat anda. 

Kerana risiko hidup tak mengenal umur, jantina dan kelas pekerjaan.

Seandainya berlaku juga, sejauh mana ada bersedia menghadapi musibah?

* * *

*Untuk penerangan "Man at Work & Money at Work" akan disambung pada penulisan akan datang...

No comments:

Post a Comment

Lontarkan pandangan di sini