Friday, April 3, 2015

Bagaimana hendak mencipta Income Replacement sewaktu sihat?

Pernahkah anda mendengar istilah yang dinamakan Income Replacement (Gantian Pendapatan)?

Income Replacement? Apa kebenda tu? 

Pernahkah anda mendengar istilah... 

"Man at Work
"Money at Work"

Seandainya istilah-istilah ini anda belum pernah dengar, maka perlulah diambil perhatian. 

Kerana ini melibatkan soal kebajikan anda. 

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingin memberikan kronologi ringkas bagaimana IR ini berfungsi pada saat-saat genting sewaktu sakit.

* * *
Ahmad seorang pekerja di sebuah sektor swasta, berumur 29 tahun dan memegang jawatan sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah firma di Kuala Lumpur. Pendapatan semasa beliau adalah sebanyak Rm 4000 sebulan. Ketika ini, beliau telahpun berumah tangga, mempunyai seorang isteri yang berusia 25 tahun dan memiliki seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Isteri beliau merupakan suri rumah sepenuh masa. 

Pada saatnya, Ahmad sedang memandu kenderaan.. malang tak berbau beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya akibat terlelap sewaktu memandu. Kemudian doktor mengesahkan beliau hilang upaya kekal. 

Seandainya perkara ini berlaku, bagaimana Ahmad hendak bekerja dalam keadaan lumpuh? Sedangkan beliau sangat sangat memerlukan sumber kewangan terutamanya: 

1) Tanggungan keluarga (isteri & anak). 
2) Pembayaran loan rumah & kereta.

Dengan keadaan Ahmad sedia ada, beliau tak dapat bekerja. Malah, beliau juga bakal kehilangan pendapatan Rm 4000 sebulan disebabkan hilang upaya.

Persoalannya, bagaimana Ahmad hendak dapatkan semula Rm 4000 sebulan tersebut dengan keadaan beliau tak bekerja? 

Jawapannya adalah IR (GANTIAN PENDAPATAN). 

* * *

IR atau Gantian Pendapatan ini adalah satu (1) implimentasi dalam menghadapi bencana kewangan pada waktu yang sangat genting. Selalunya, ramai orang kurang ambil "port" kerana kurangnya pendedahan pengurusan kewangan yang betul. 

Ketidaktahuan IR inilah ramai bergantung harap kepada: 

1) Simpanan duit (Bank, EPF, Tabung Haji/ASB, dsb)  
2) Sumbangan ikhlas orang sekeliling (derma kilat, kiriman wang dari adik beradik, jiran tetangga dsb) 
3) Bantuan kebajikan (Baitulmal, JKM, Zakat, dsb) 

Sekiranya berjaya mengumpul dana, apakah jumlah kewangan tersebut mampu menyamai
pendapatan Rm 4000 tersebut? 

Cara untuk membentuk IR adalah dengan mengambil kira pendapatan tahunan. Contoh: 

Rm 4000 x 12 = Rm 48000 

Bermakna pendapatan setahun adalah Rm 48000. 

Dari Rm 48000 inilah perlu ditentukan pula gajet kewangan manakah menjadi pilihan. 

Contoh: Ahmad ada menyimpan di ASB. Menerusi distribution sedia ada, ASB memberi purata pulangan 8% setahun. 

Rm 48000  = Rm 600000 
      0.08 

Justeru, nilai IR yang perlu dijanakan adalah sebanyak Rm 600000 untuk tanggungan beliau dan keluarga. 

Rm 600000 inilah boleh menggantikan pendapatan yang hilang ketika dilanda musibah. Dengan syarat, hasil IR tersebut perlulah di simpan dalam ASB. 

Percayakah anda dengan Rm 600000 tadi boleh menjana pendapatan setahun sebanyak Rm 48000? 

Contoh: 

Rm 600000 x 0.08 = Rm 48000

Bagaimanakah Rm 600000 boleh terjadi dalam sekelip mata? 

Dengan menerusi TAKAFUL!

* * * 
Kenapa perlunya Takaful kepada anda? 

Untuk menghindari bencana kewangan. 

Seandainya tak bersedia dari sekarang... 

Bermakna adalah kerugian buat anda. 

Kerana risiko hidup tak mengenal umur, jantina dan kelas pekerjaan.

Seandainya berlaku juga, sejauh mana ada bersedia menghadapi musibah?

* * *

*Untuk penerangan "Man at Work & Money at Work" akan disambung pada penulisan akan datang...

Tuesday, March 17, 2015

Apa kejadian hampir meragut nyawa yang kita ingat?

Dalam 1 tahun ada 12 bulan

Dalam 12 bulan ada 365 hari

Dalam 365 hari... ada teringat tak apa-apa kejadian yang merbahaya?

Merbahaya? Maksudnya apa?

Merbahaya maksud di sini adalah RISIKO

Risiko kehidupan seharian di mana kita terlibat dengan ancaman semasa

Ancaman semasa yang dimaksudkan adalah

KEJADIAN MERAGUT NYAWA

Tak kiralah walau macam mana kita selamat

Risiko semasa tetap ada

Yang tak di cari, menanti

Yang menanti menunggu tiba

Walaupun kita tak mengundang perkara tersebut.

* * *

Contoh yang paling mudah adalah memandu kereta atau menunggang motosikal

Sebab ini risiko terdekat yang kita hadap

Jentera ini sering kita pandu dengan cara berhemah

Mematuhi peraturan dan had kemampuan kita

Tiba-tiba perasaan mengantuk muncul

Dan terlelap... sedangkan jentera yang kita pandu

Mula masuk ke jalan bertentangan...

Di hadapan kita ada lori treler...

Agak-agak dalam keadaan tak sedar tu

Adakah sempat kita mengelak dalam keadaan mata tertutup?

Sedar tak sedar buka mata saja...

Dah terlantar atas katil hospital dengan badan berbalut...

Ketika ini dikerumuni ramai ahli keluarga dan sanak saudara

Hendak bercakap tak boleh

Nak gerakkan badan takda tindak balas.

Di sisi kelihatan doktor bercakap dengan ahli keluarga

Kedengaran perkataan "Dia ni dah lumpuh kekal"

Pada saat inilah terfikir

"Dengan keadaan macam ni..."

"Macam mana nak bayar loan rumah, kereta,.."

"Abis abis pun duit gaji ke sini bayar bil hospital"

"Kalau dulu aku amik takaful lagi awal..."

"Boleh tampung perbelanjaan bulan-bulan masa tak bekerja ni."

* * *
Konklusi yang dapat di simpulkan

Sebaiknya kita dah ada

Sekurang-kurangnya satu (1) pelan gantian pendapatan 

Kalau lebih pun takpa.

Asalkan jangan buat kita dalam keadaan papa

Pada waktu yang cukup genting.






Friday, February 27, 2015

"Abang, kakak, dah ada takaful?"

Asal dengar perkataan takaful je mesti rasa nak lari kan.
Lari? pemahaman orang yang kurang faham kata "ah, takaful tu kejenye ambil duit orang je. Ape pun tak dapat."
Terpulanglah nak cakap apa sekalipun. Masing masing ada hak untuk bersuara.
Untung orang yang ada takaful ni bila tengah sakit, income masih berjalan. Tak keje pun dapat gaji free walaupun majikan tak bayarkan gaji pada hari yg off day. Takaful tolong bayarkan gaji.
Taknak ke?
Tengah sakit, pastu mc. mana ada majikan nak bagi gaji?
Kalau yang bekerja sendiri, maka perlulah ada takaful pasal dialah majikan dialah pekerja. Yang kerja kerajaan kena la tambahkan amaun perlindungan sedia ada walaupun gomen dah buat siap-siap.
Bukan apa, takut tak cukup je amaun sedia ada untuk coverage masa hilang upaya nanti.
Kalau takda?
Kena la buat satu.
Kalau takda, maknanya diri sendiri belum prepare buat gantian pendapatan.
Kalau dah pesan, tapi taknak juga buat?
"Tak dapek den nak nolong doh" bak kata org negeri sembilan.
Bukan satu paksaan kalau tak buat. Tapi kalau berlaku musibah, sejauh mana bersedia?

Wednesday, February 18, 2015

Terlupa bayar takaful pada masanya?

"Betul ke kalau tak bayar, atau terlupa bayar polisi jadi lapse?"
Apa kebende "lapse" ni dalam terma takaful?
Bahasa mudah adalah "tergantung".
Benda ni selalu berlaku pada yang pembayar cash bulanan
Bilamana terlupa bayar sebelum "due date"
Ini jadi masalah kalau nak buat tuntutan.
Claim yang di inginkan tak dapat
Pasal "polisi" tergantung sementara.
* * *
Konsep yang sama macam telco
Kita ambil pelan sim card
Tak kisah la, company merah, biru, jingga,
Kita sign kontrak, dan bayar. Dapat "buku kecil" kan?
Sebab guna dan bayar untuk servis dan komunikasi
Bila sampai due date, kene top up kan?
Kalau tak bayar dalam tempoh ditetapkan.
Sim card tu tak boleh pakai dah.
Macam tu jugak la takaful.
* * *
Kenapa takaful dan telco terkait sama?
Ada organisasi, perjanjian, saksi, buku panduan, pembayaran.
Betul kan?
Bukanlah nak kata sama sebab memasing di sektor berbeza.
Satunya tawarkan khidmat perlindungan
Satu lagi tawarkan khidmat telekomunikasi
Tapi keduanya menawarkan servis kepada manusia
"Polisi" atau "buku kecil" yang kita dapat tu
Adalah manual, rujukan, dan panduan.
Jadi manfaatkan sebaik mungkin.
Sebab ada "1001 ilmu" dalam tu.
Yang penting kita dah ada "fast cash"
Apa yang kita ada orang lain takda.

Sebelah tangan dah pegang 200 ribu?

Takaful membuatkan ramai orang dah pegang 200 ribu ringgit sebelah tangan, malah lebih lagi?
As usual, setiap masa kita terdedah dengan risiko...
Berjalan kaki, menunggang motosikal, memandu kereta, lori, bas
Faktor "kecuaian" adalah sebab utama
Selain "jenayah" meragut nyawa...
Malah mengidap "penyakit kronik" sekalipun
Bencana tak kenal siapa, jantina, umur, kelas pekerjaan
Kalau dah ditakdirkan pada waktu tu melekat salah 1 dari 3 bencana yang disebut
3 possibility risk will end up into "terminal stage"
Terminal stage? Apa tu?
Keadaan yang memang "tak dapat diselamatkan"
Ketika inilah ramai yang kata...
"Malang tak berbau"
Kalau malang tu boleh dihidu, sempat kot nak mengelak
Ini takda bau langsung..
Yang mendapat "side effect" fizikal dan mental
Apakah kita bersedia terima?
Kalau pun ada sumber kewangan sedia ada
Cukup ke nak cover up risiko tu?

Tuesday, February 17, 2015

Sehari Rm 6.66 je?

Bayar 6.66 ringgit sehari, tapi dalam tangan dah "genggam" 200 ribu?
Inilah "the power of Takaful".
Khas untuk hadiahkan pada famili tercinta.
Tapi ramai juga yang salah faham..
Mengatakan nyawa dinilai dengan Takaful.
Ini salah faham sebenarnya..
Benda ni bentuk "fast cash" kalau berlaku musibah.
Sebagai tanggungan hidup kepada waris.
Jimat masa dan tenaga
Tak perlu meja ke meja untuk minta sedekah
Dan menunggu "turn" yang agak lama
Kalau nak meminta bantuan badan kebajikan. 

Monday, February 16, 2015

Income protection

Jika ada yang tanya..
"Antara wujudkan Takaful, unit trust dan simpanan bank, yang mana lebih penting?"
Ketiga-tiga sama penting. Sebab semua bersifat jangka panjang, dan ada matlamat kewangan.
Pada saya, Takaful perlu diletakkan sebagai TOP PRIORITY.
Kenapa perlu Takaful?
Untuk penggantian pendapatan kalau orang yang tanggung famili lumpuh kekal atau meninggal dunia
Ahli keluarga tak perlu korbankan EPF atau berkerah tenaga meminta sedekah untuk dapatkan bantuan.
Jimat masa, tenaga dan boleh beri komitmen jaga keluarga.
Sangat sesuai untuk dijadikan "income protection" dengan caruman yang kecil.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Macam mana dengan Unit Trust?
Untuk besarkan dana simpanan, pendidikan, persaraan dan haji.
Tengok pada tujuan kita, untuk siapa dan mengapa kita menyimpan.
Sekarang dividen pun dah ada yang boleh bagi 10 - 15 peratus setahun.
Terbeliak mata tengok kalau tengok finalize savings.
Bank pun tak bagi banyak macam tu.
Tapi untuk jadikan "income protection", perlu dana yang besar kalau menyimpan.
Dengan guarantee return sebanyak 125% kalau berlaku kematian pemilik duit.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Simpanan di bank?
Terlalu banyak "risiko"
Kat tangan kita masing-masing ada kad atm.
Mudahnya kita ke bank, cucuk kat mesin, keluar duit.
Oleh itu, simpanan susut cepat.
Lepas tu merungut tak cukup duit.
Ini yang dikatakan sindrom "GHBBH"
"Gaji Habis Bulan Belum Habis"
Tak sempat pun nak menyimpan
Apatah lagi kalau nak buat "income protection".
Lagi teruk kalau berlaku kematian pemilik duit, kena buat faraid.
Kalau ada yang tak lepaskan hak, bergaduh nak hak masing-masing
Malah masalah tak settle, simpanan terus beku.